widgeo.net

Monday 11 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada 1 Februari 2013 yang lalu, Panitia Pendidikan Islam dan Moral telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan bertujuan mengingati kelahiran Rasullullah S.A.W. Sambutan ini telah diadakan di sekitar perkarangan sekolah. Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Sambutan dimulakan dengan ucapan ringkas dan bacaan selawat oleh pengerusi majlis, Ustaz Wan Maliki, dan bacaan doa oleh Ustaz Faizul Khairi. Selepas itu, majlis diserikan dengan alunan bacaan ayat- ayat al-Quran oleh Muhammad Wafi bin Osman yang mewakili sekolah untuk pertandingan Tilawah al-Quran. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W juga dibacakan sepanjang majlis berlangsung. 

Pn. Nor'Aidah memberikan ucapan sempena Maulidur Rasul

Murid-murid berkumpul untuk mendengar ceramah dan berselawat

Ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini yang bertajuk  "Rasullullah" dan telah disampaikan oleh Ustaz Faizul Khairi. 


Ustaz Faizul memberikan ceramah dan bersoal jawab dengan pelajar.
Selepas mendengar ceramah, semua warga SK USJ 2 berarak dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Semoga dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, murid-murid dan seluruh warga SK USJ 2 dapat mengingati dan menghargai perjuangan Rasullullah S.A.W dan cuba mengikuti segala sunnah baginda dalam kehidupan seharian. 


Perarakan di sekitar kawasan sekolah



No comments:

Post a Comment