widgeo.net

VLE FROG

CARA MEMBUKA EMAIL MENGGUNAKAN VLE FROG 

*Cara- cara yang berikut adalah untuk First Time Login User. Bagi pengguna yang sudah Verify dan Log In sebelum ini, boleh terus Langkah 8.


1. Layari www.yes.my/bestari dan klik pada LOGIN.

2.  Paparan berikut akan muncul pada skrin. Isikan ID dan Password Frog VLE. 


3. Isikan sekali lagi ID dan Password untuk tujuan verification. 

4. Isikan butir- butir peribadi. 
5. Setelah tamat mengisi butir-butir peribadi, klik verify. Paparan berikut akan muncul. Klik NEXT 

6. Kemudian, apabila paparan berikut muncul, klik pada Frog VLE. 

7. Klik pada Term and Conditions. 

8. Apabila sudah berjaya log in Frog VLE, klik ke 'School Site' dan klik pada 'Quick Launch'. 


9. Klik pada 'Email'. 

10. Paparan berikut akan muncul. Klik pada 'I accept. Continue to my account'. 

11. Akhir sekali, paparan email akan muncul. 




PENYERAHAN KAD ID DAN PASSWORD

Kad ID dan password akan mula diserahkan kepada guru, staf dan murid Tahun 6 dalam bentuk kad untuk memudahkan penyimpanan dan mengelakkan kehilangan atau lupa ID dan kata laluan. Diharap semua pihak yang menerima kad ID dapat menjaga dengan baik. 


CARA MENGAKTIFKAN YES 4G DONGLE 

Kepada semua guru yang telah dibekalkan Yes 4G Dongle, Dongle boleh diaktifkan dengan mengikut langkah- langkah seperti di pautan berikut : 


Jika guru-guru kehilangan ID dan Password untuk VLE FROG, boleh dapatkan daripada Cik Khairunnisa. 

Selamat mencuba! 


VLE FROG 




VLE (Virtual Learning Environment) Frog adalah satu platform pembelajaran maya di bawah Projek 1Bestarinet. Platform ini bertindak sebagai sebuah komuniti pendidikan yang menghubungkan semua pihak termasuklah guru, ibu bapa dan pelajar. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui VLE Frog. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir pula boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui internet. VLE Frog boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan internet. Sumber : 1bestarinet 


VLE Frog untuk Ibu Bapa dan Penjaga

Ibu bapa juga boleh mengakses VLE Frog dengan menggunakan ID dan kata laluan (password)
masing-masing. Cara mendapatkan ID dan password ibu bapa adalah seperti berikut. 

1. Lawati laman http://www.yes.my kemudian klik pada 

1Bestarinet. 



2. Kemudian klik pada Retrieve my 1Bestarinet ID. 




3. Isikan No. Kad Pengenalan dan Nama Penuh Ibu dan Bapa

pada ruangan dan klik Search. Isikan juga alamat emel dan 

no. telefon bimbit anda. ID dan password anda akan 

dihantar serta merta  ke telefon bimbit anda. 




4. Setelah mendapatkan ID dan Password, ibu dan bapa 

boleh mengakses laman Frog SK USJ 2. Sila gunakan Google

Chrome untuk mengakses. Taipkan URL 


http://bba8247.1bestarinet.net

Masukkan ID dan password untuk mengakses. 


5. Setelah memasukkan ID dan Password, ibu bapa akan dapat melihat School Dashboard. Ibu bapa juga boleh klik ke Laman Ibu Bapa untuk melihat site tersebut. 



No comments:

Post a Comment