widgeo.net

Monday 18 February 2013

MERENTAS DESA

Merentas desa peringkat sekolah 2013 telah diadakan pada 31 Januari 2013. Aktiviti merentas desa ini adalah salah satu acara tahunan dalam kalendar kokurikulum. Aktiviti ini hanya melibatkan murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 serta murid-murid Pendidikan Khas. Pada jam 8 pagi, murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan yang dikelolakan oleh guru-guru praktikum dari IPG Kampus Bahasa Melayu dan IPG Ilmu Khas. Suasana pada pagi itu bertambah meriah apabila aktiviti memanaskan badan diteruskan dengan menggunakan lagu "Oppa Gangnam". Kira-kira jam 8.30 pagi, murid-murid dilpaskan oleh Puan Guru Besar mengikut tahun. Aktiviti merentas desa ini juga mendapat kerjasama  daripada Polis DiRaja Malaysia dan membantu dalam kawalan trafik. Aktiviti berakhir kira-kira jam 9.40 pagi. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK USJ 2, Pn. Nor'Aidah Binti Nordin. 

Pelajar dari IPGKBM dan IPIK mengelolakan acara memanaskan badan.


Murid-murid memulakan aktiviti merentas desa


Murid-murid bersungguh-sungguh menamatkan larian.


Guru-guru SK USJ 2 yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti merentas desa


Lorong-lorong yang disediakan mengikut tahun.


Guru-guru apabila berakhirnya merentas desa.

Murid-murid PPKI yang menyertai aktiviti merentas desa.

Murid-murid menerima pingat kemenangan.

Murid-murid perempuan yang gembira menerima pingat mereka. 



Monday 11 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Pada 1 Februari 2013 yang lalu, Panitia Pendidikan Islam dan Moral telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sambutan ini diadakan bertujuan mengingati kelahiran Rasullullah S.A.W. Sambutan ini telah diadakan di sekitar perkarangan sekolah. Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Sambutan dimulakan dengan ucapan ringkas dan bacaan selawat oleh pengerusi majlis, Ustaz Wan Maliki, dan bacaan doa oleh Ustaz Faizul Khairi. Selepas itu, majlis diserikan dengan alunan bacaan ayat- ayat al-Quran oleh Muhammad Wafi bin Osman yang mewakili sekolah untuk pertandingan Tilawah al-Quran. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W juga dibacakan sepanjang majlis berlangsung. 

Pn. Nor'Aidah memberikan ucapan sempena Maulidur Rasul

Murid-murid berkumpul untuk mendengar ceramah dan berselawat

Ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini yang bertajuk  "Rasullullah" dan telah disampaikan oleh Ustaz Faizul Khairi. 


Ustaz Faizul memberikan ceramah dan bersoal jawab dengan pelajar.
Selepas mendengar ceramah, semua warga SK USJ 2 berarak dan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Semoga dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, murid-murid dan seluruh warga SK USJ 2 dapat mengingati dan menghargai perjuangan Rasullullah S.A.W dan cuba mengikuti segala sunnah baginda dalam kehidupan seharian. 


Perarakan di sekitar kawasan sekolah



Monday 4 February 2013

DEMONSTRASI TAEKWANDO

Pada 29 Januari 2012, satu demonstrasi taekwando telah diadakan di tapak perhimpunan SK USJ 2 sekitar jam 8 pagi. Demonstrasi yang telah dianjurkan oleh Kelab Taekwando SK USJ 2 itu bertujuan untuk menarik minat murid untuk menyertai Kelab Taekwando SK USJ 2. Pn. Rozimah Binti Rosli yang bertindak sebagai Guru Penasihat kelab telah memberi taklimat ringkas kepada murid-murid mengenai pentingnya mempelajari Taekwando. Dengan mempelajari Taekwando, murid-murid dapat mempelajari seni mempertahankan diri yang merangkumi aspek keselamatan, disiplin dan pembentukan nilai murni. 


Demonstrasi yang menarik perhatian murid itu telah dibimbing oleh jurulatih, Mr. Hemanathan. Ahli-ahli kelab yang terdiri daripada murid-murid dan bekas murid SK USJ 2 telah melakukan beberapa demonstrasi seperti pergerakan asas, demonstrasi memecahkan papan dan teknik serangan. 

Diharapkan demonstrasi tersebut dapat menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai Kelab Taekwando SK USJ 2. Kelas Taekwando diadakan pada setiap Sabtu. Yuran untuk setiap murid adalah rm50.