widgeo.net

Tuesday 23 July 2013

PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN

Sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak,  Panitia Agama Islam menganjurkan Ceramah Ihya Ramadhan dan program Tadarus al-Quran semasa waktu rehat. 


Murid mengaminkan doa selepas membaca Yaasin.

Ustaz Maliki bertanya soalan kepada murid-murid mengenai bulan Ramadhan selepas ceramah.

Tuesday 9 July 2013

TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013

Sukan Tahunan SK USJ 2 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad yang lalu, 7 Julai 2013. Majlis yang berlangsung dengan lancar mengikut aturcara yang telah dirancang. Buat julung kalinya bendera kejohanan telah dikibarkan di padang SK USJ 2 selepas acara perbarisan dan persembahan rumah-rumah sukan. Kehadiran ibu bapa pada kali ini juga amat memberangsangkan. Sukan tahunan sekolah kali ini juga dibantu oleh pasukan St.John dan pasukan Pengakap dari SMK Seafiled daripada aspek pertolongan cemas dan keselamatan. Guru Besar dan YDP PIBG telah melahirkan rasa gembira dengan penglibatan ibu bapa pada Temasya Sukan sekolah pada tahun ini. Acara akhir yang telah dipertandingkan pada hari tersebut adalah Sukaneka Pra Sekolah, Sukaneka Tahap 1, Larian PPKI,  Lari 100 M (Lelaki dan Perempuan), Lari 4 x 100 M (Lelaki dan Perempuan), Tarik Tali Akhir, acara ibu dan guru dan acara bapa dan guru. Pada tahun ini, perbarisan dan persembahan rumah- rumah sukan juga dipertandingkan. Semua murid telah berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap acara. Johan keseluruhan telah disandang oleh Rumah BIRU. Olahragawan tahun ini adalah adik Ainur Iman Bin Mohamad dan Olahragawati adalah adik Nur Syafiqa Azreen Binti Zain Azraai. Semua hadiah telah disampaikan oleh pentadbir sekolah AJK Tertinggi PIBG. Semoga sukan tahunan yang dianjurkan dapat memupuk semangat berpasukan dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid SK USJ 2. 

 Tarik Tali akhir lelaki.

Tarik tali akhir perempuan.

Acara ibu dan guru.


Acara bapa dan guru

Olahragawan 2013 : Ainur Iman Bin Mohamad

Olahragawati 2013 : Nur Syafiqa Azreen Binti Zain Azraai

Johan Keseluruhan : RUMAH BIRU


Perbarisan dan persembahan antara rumah

Barisan pentadbir SK USJ 2.

Perbarisan murid-murid PPKI.

JASAMU DIKENANG PN. NORLELA

Bermula Rabu, 10 Julai 2013, Pn. Norlela Binti Mohamad Salleh telah berpindah ke sekolah baru, SK Sri Pristana, Sg. Buloh. Beliau telah berkhidmat selama 11 tahun di SK USJ 2. Hujan yang turun pada pagi Selasa, 9 Julai seolah-olah menangisi perpindahan seorang guru yang berjiwa besar dan bersemangat waja ini. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 11 tahun, Pn. Norlela telah banyak membantu dalam pembangunan sekolah. Pada awal perkhidamatan, Pn. Norlela telah ditugaskan mengajar Kelas Pemulihan di aliran perdana sebelum ditugaskan mengajar kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Pn. Norlela juga telah banyak membuat sumbangan bakti dalam pembangunan sukan sekolah. Beliau adalah jurulatih pasukan Bola Tampar SK USJ 2 dan telah memegang jatawan sebagai Setiausaha Sukan selama 2 tahun. Kecemerlangan Pn. Norlela bukan sahaja di peringkat sekolah, malahan beliau adalah Pengurus Teknik Bola Tampar bagi PPD Petaling Perdana. SK USJ mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Pn. Norlela di sekolah baru dan terima kasih atas segala jasa bakti yang telah dicurahkan selama ini. 

Pn. Norlela melatih pasukan Bola Tampar sekolah.

Bergambar kenangan bersama Bola Tampar SK USJ 2.

Pn. Norlela semasa menguruskan Merentas Taman 2013.

Bergambar bersama rakan guru semasa Merentas Taman 2013.

Pn. Norlela mengendalikan aktiviti Night Walk semasa perkhemahan.

Bersama rakan-rakan sewaktu Perkhemahan Kokurikulum di Port Dickson 2013.

Tugas terakhir sebagai SU Sukan SK USJ 2, menguruskan Sukan Tahunan 2013 dengan jayanya.