Sekolah ini telah dibuka pada 2 Januari
1999. Pada ketika itu nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Serdang Raya.
Seramai 635 orang murid menjadi perintis
sekolah ini. Guru Besar yang pertama ialah Encik Imam Maskor bin
Sahuji. Seterusnya pula Puan Raja Akmal binti Raja Kamal bertugas
sebagai Guru Besar kedua bermula pada tahun 2000. Disebabkan kedudukan
sekolah ini terletak di kawasan perumahan USJ 2 maka nama sekolah ini telah
ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan USJ 2 mulai April 2002. Setelah berkhidmat di SK USJ 2 selama hampir
11 tahun, Puan Raja Akmal binti Raja Kamal telah digantikan dengan Encik
Zainuddin bin Abdul Halim sebagai Guru Besar SK USJ 2 mulai 1 Mac 2011. Mulai 1 Julai 2012, Pn. Nor’aidah bt. Nordin
menggantikan En. Zainuddin yang kembali bertugas ke PPD Petaling Perdana. Sekolah ini menawarkan tiga aliran kepada murid-murid iaitu aliran prasekolah, aliran perdana dan aliran pendidikan khas. Mempunyai enrolmen sebanyak 400 orang murid, sekolah ini mempunyai satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Sebanyak 3 kelas prasekolah, 12 kelas aliran perdana dan 9 kelas pendidikan khas integrasi disediakan di sekolah ini. Pada awalnya, nama seperti Jerai, Kinabalu dan Titiwangsa diberikan untuk kelas aliran perdana, tetapi selaras dengan moto sekolah, nama kelas telah ditukar kepada Dinamik dan Bestari untuk kelas-kelas perdana. Kelas-kelas pendidikan khas integrasi masih menggunakan nama-nama bunga sebagai nama kelas. Pada tahun 2012, sebanyak 12 (19.4%) orang pelajar tahun 6 telah berjaya mencapai keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR. Subjek Bahasa Inggeris dan Matematik pula mencatatkan peratusan 100 lulus.
LOKASI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan USJ 2 terletak di Jalan USJ 2/3, dalam kawasan taman perumahan USJ 2. Lokasi sekolah adalah di tengah-tengah bandar Subang Jaya dan berhadapan dengan lebuhraya. Sekolah ini juga berada berhampiran dengan sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield.
VISI, MISI DAN MOTO SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan USJ 2 terletak di Jalan USJ 2/3, dalam kawasan taman perumahan USJ 2. Lokasi sekolah adalah di tengah-tengah bandar Subang Jaya dan berhadapan dengan lebuhraya. Sekolah ini juga berada berhampiran dengan sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield.
![]() |
Kedudukan SK USJ 2 di dalam Google Maps. |
VISI
SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG
MISI
MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
MOTO
DINAMIK, BESTARI
LENCANA SEKOLAH
Buku : Lambang ilmu pengetahuan
1999 : Tahun sekolah ditubuhkan
Bulatan : Penyatuan warga sekolah
Tiga segi : Perpaduan kaum di sekolah
Warna - warna yang digunakan pada lencana sekolah adalah biru, kuning, merah dan putih adalah warna Jalur Gemilang yang melambangkan Malaysia.
LAGU SEKOLAH
I have no comments
ReplyDelete