Monday, 4 February 2013

DEMONSTRASI TAEKWANDO

Pada 29 Januari 2012, satu demonstrasi taekwando telah diadakan di tapak perhimpunan SK USJ 2 sekitar jam 8 pagi. Demonstrasi yang telah dianjurkan oleh Kelab Taekwando SK USJ 2 itu bertujuan untuk menarik minat murid untuk menyertai Kelab Taekwando SK USJ 2. Pn. Rozimah Binti Rosli yang bertindak sebagai Guru Penasihat kelab telah memberi taklimat ringkas kepada murid-murid mengenai pentingnya mempelajari Taekwando. Dengan mempelajari Taekwando, murid-murid dapat mempelajari seni mempertahankan diri yang merangkumi aspek keselamatan, disiplin dan pembentukan nilai murni. 


Demonstrasi yang menarik perhatian murid itu telah dibimbing oleh jurulatih, Mr. Hemanathan. Ahli-ahli kelab yang terdiri daripada murid-murid dan bekas murid SK USJ 2 telah melakukan beberapa demonstrasi seperti pergerakan asas, demonstrasi memecahkan papan dan teknik serangan. 

Diharapkan demonstrasi tersebut dapat menarik lebih ramai pelajar untuk menyertai Kelab Taekwando SK USJ 2. Kelas Taekwando diadakan pada setiap Sabtu. Yuran untuk setiap murid adalah rm50. 

No comments:

Post a Comment