widgeo.net

Monday 28 January 2013

MINGGU TRANSISI DAN GURU PENYAYANG

Sesi persekolahan 2013 bermula pada 2 Januari. Seperti di semua sekolah seluruh Malaysia, murid-murid Tahun 1 yang mendaftar di perlu melalui Minggu Transisi Dan Guru Penyayang. Program ini telah berjalan selama 2 minggu 3 hari. Program ini telah dijalankan dengan jayanya oleh semua guru Tahun 1, diketuai oleh Pn. Norzaini Binti Che Ahmad. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 1 yang baru sahaja memasuki alam persekolah sekolah rendah supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. 

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu Transisi dan Guru Penyayang ialah 
1. Pengenalan kepada mata pelajaran
2. Sukaneka
3. Berkenalan dengan rakan sekelas
4. Pelantikan jawatankuasa kelas
5. Lawatan ke sekitar kawasan sekolah
6. Berkenalan dengan guru -guru mata pelajaran
7. Pertandingan mewarna








Program ini telah berjalan dengan jayanya. Majlis Penutupan Minggu Transisi dan Guru Penyayang telah dirasmikan oleh Guru Besar USJ 2, Pn. Nor'aidah Binti Nordin. Puan guru besar telah menyampaikan nasihat dan peringatan kepada semua murid Tahun 1 SK USJ 2. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada semua murid yang telah berjaya.