Merentas desa peringkat sekolah 2013 telah diadakan pada 31 Januari 2013. Aktiviti merentas desa ini adalah salah satu acara tahunan dalam kalendar kokurikulum. Aktiviti ini hanya melibatkan murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 serta murid-murid Pendidikan Khas. Pada jam 8 pagi, murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan yang dikelolakan oleh guru-guru praktikum dari IPG Kampus Bahasa Melayu dan IPG Ilmu Khas. Suasana pada pagi itu bertambah meriah apabila aktiviti memanaskan badan diteruskan dengan menggunakan lagu "Oppa Gangnam". Kira-kira jam 8.30 pagi, murid-murid dilpaskan oleh Puan Guru Besar mengikut tahun. Aktiviti merentas desa ini juga mendapat kerjasama daripada Polis DiRaja Malaysia dan membantu dalam kawalan trafik. Aktiviti berakhir kira-kira jam 9.40 pagi. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Guru Besar SK USJ 2, Pn. Nor'Aidah Binti Nordin.
 |
Pelajar dari IPGKBM dan IPIK mengelolakan acara memanaskan badan. |
 |
Murid-murid memulakan aktiviti merentas desa |
 |
Murid-murid bersungguh-sungguh menamatkan larian. |
 |
Guru-guru SK USJ 2 yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti merentas desa |
 |
Lorong-lorong yang disediakan mengikut tahun. |
 |
Guru-guru apabila berakhirnya merentas desa. |
 |
Murid-murid PPKI yang menyertai aktiviti merentas desa. |
 |
Murid-murid menerima pingat kemenangan. |
 |
Murid-murid perempuan yang gembira menerima pingat mereka. |