widgeo.net

Tuesday 9 July 2013

TEMASYA SUKAN TAHUNAN 2013

Sukan Tahunan SK USJ 2 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Ahad yang lalu, 7 Julai 2013. Majlis yang berlangsung dengan lancar mengikut aturcara yang telah dirancang. Buat julung kalinya bendera kejohanan telah dikibarkan di padang SK USJ 2 selepas acara perbarisan dan persembahan rumah-rumah sukan. Kehadiran ibu bapa pada kali ini juga amat memberangsangkan. Sukan tahunan sekolah kali ini juga dibantu oleh pasukan St.John dan pasukan Pengakap dari SMK Seafiled daripada aspek pertolongan cemas dan keselamatan. Guru Besar dan YDP PIBG telah melahirkan rasa gembira dengan penglibatan ibu bapa pada Temasya Sukan sekolah pada tahun ini. Acara akhir yang telah dipertandingkan pada hari tersebut adalah Sukaneka Pra Sekolah, Sukaneka Tahap 1, Larian PPKI,  Lari 100 M (Lelaki dan Perempuan), Lari 4 x 100 M (Lelaki dan Perempuan), Tarik Tali Akhir, acara ibu dan guru dan acara bapa dan guru. Pada tahun ini, perbarisan dan persembahan rumah- rumah sukan juga dipertandingkan. Semua murid telah berjaya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam setiap acara. Johan keseluruhan telah disandang oleh Rumah BIRU. Olahragawan tahun ini adalah adik Ainur Iman Bin Mohamad dan Olahragawati adalah adik Nur Syafiqa Azreen Binti Zain Azraai. Semua hadiah telah disampaikan oleh pentadbir sekolah AJK Tertinggi PIBG. Semoga sukan tahunan yang dianjurkan dapat memupuk semangat berpasukan dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid SK USJ 2. 

 Tarik Tali akhir lelaki.

Tarik tali akhir perempuan.

Acara ibu dan guru.


Acara bapa dan guru

Olahragawan 2013 : Ainur Iman Bin Mohamad

Olahragawati 2013 : Nur Syafiqa Azreen Binti Zain Azraai

Johan Keseluruhan : RUMAH BIRU


Perbarisan dan persembahan antara rumah

Barisan pentadbir SK USJ 2.

Perbarisan murid-murid PPKI.

No comments:

Post a Comment