widgeo.net

Wednesday 12 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal iaitu 23 Mei 2013. Sambutan diadakan bertujuan mengenang jasa guru-guru yang berpenat lelah mendidik murid-murid sepanjang tahun. Berpakaian sukan serba ungu pada tahun ini, guru-guru diraikan dengan aktiviti permainan dan persembahan dari pelajar. Acara pada hari tersebut dimulakan dengan perhimpunan rasmi kemudian diikuti dengan aktiviti permainan. Aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Kelab Staf pada tahun ini berjaya mencungkil bakat terpendam para guru dan mengimbau kembali zaman muda-mudi para guru. Antara permainan yang telah dilakukan pada hari tersebut adalah memasukkan benang ke dalam jarum, mengopek kelapa dan membaling belon berisi air. Murid-murid juga telah memberikan sokongan padu kepada guru kesayangan mereka.

Acara persembahan diteruskan selepas berhenti rehat. Persembahan kepada guru telah dipersembahkan oleh murid Tahun 1, 5, 6 dan murid BCSK. Pada tahun ini juga, beberapa anugerah khas telah diperkenalkan kepada guru-guru. Anugerah-anugerah tersebut adalah :

Guru Paling Cool (L) : En. Mohd Afendy
Guru Paling Cool (P) : Cik Rosnoraini

Guru Paling Stylo (L) : En. Mohd Shahrul Asyraf
Guru Paling Stylo (P) : Pn. Farida Hanim

Guru Paling Penyayang (L) : En. Ramzi
Guru Paling Penyayang (P) : Pn. Nordiana

Guru Paling Popular (L) : En. Hasnor
Guru Paling Popular (P) : Pn. Junaita

Semua undian telah dilakukan sehari sebelum sambutan dan dikira daripada undian murid-murid dan guru-guru. Selepas berakhirnya semua persembahan dan penyampaian hadiah, diadakan pula acara sambutan hari lahir dan semua guru menikmati jamuan makan di padang bola jaring sekolah.

Backdrop Hari Guru

Guru-guru bergambar sebelum memulakan aktiviti

Acara mengopek buah kelapa

Persembahan murid

Sambutan Hari Lahir

No comments:

Post a Comment